Isnin, 29 April 2013

MANA BOLEH JEMAAH KEBENARAN BANYAK SEDANGKAN KEBENARAN HANYA SATU!

(Mana boleh pemimpin cuma satu tapi ajarannya macam-macam)

1. Pemimpin kebenaran untuk satu zaman Allah kirimkan hanya satu.  Zaman ini ialah Abuya PBT. Sedangkan Abuya itu ialah orang yang mewakili kepimpinan Nabi akhir zaman dan Imamul Mahdi. Baginda Rasulullah SAW ketika hayatnya, jemaahnya cuma satu. Begitu juga Sayyidi Imam Mahdi pun jemaahnya yang pertama cuma 1. Soalnya kenapa ada orang mengatakan Kebenaran 1 tapi jemaahnya banyak. Satu sama lain jemaah-jemaah itu bersatu ke berpecah belah?
2. Kewujudan GBA, ialah hasil berkumpulnya orang-orang yang Abuya buang dari jemaah Abuya. Macam Aagim wujudkan jemaah macam Abuya tapi tidak terima Abuya. Masakan Abuya iktiraf satu jemaah yang wujud hasil orang-orang yang telah derhaka kepada Abuya melainkan mereka yang kembali bertaubat menyerah diri kepada GISB. Lihat apa jadi kepada jemaah Aagim tanpa Abuya.
3. GISB mempunyai cawangan di seluruh ¾ dunia, tapi ianya satu di bawah Abuya. Banyak tapi tetap
satu. Sedangkan GBA, hanya di Malaysia tapi bermusuh dengan GISB. Apakah Abuya itu ada 2 jemaah yang saling bermusuhan satu sama lain?
4. Jemaah Aagim nampak sama dengan jemaah Abuya, tapi dalam poligami, jauhnya dengan poligami yang Abuya buat di jemaahnya. Ertinya usaha untuk banyakkan jemaah kebenaran tanpa mengambil pimpinannya pasti tidak menghasilkan jemaah kebenaran kedua.
5. GBA menyatakan Abuyalah pemimpin mereka tapi menolak Umu Jah. Munasabah ke Abuya buat jemaah untuk berperang dengan isterinya yang sedang menjaga jemaah Abuya satu lagi.
6. GBA wujud di atas terjadinya perpecahan besar di dalam keluarga Abuya Bani Tamim. Ertinya Abuya kerana nak ujudkan jemaah kebenaran supaya banyak, sanggup pecah belahkan keluarganya yang begitu hebat sebelumnya? Siumankah orang  yang berkata kebenaran satu tapi jemaah kebenaran banyak?
7. Jemaah wazir-wazir Imam Mahdi itu bukan bermakna banyaknya jemaah kebenaran. Ia ialah jemaah-jemaah penyokong kepada jemaah kebenaran. Nanti segalanya akan bergabung menjadi satu. Sedangkan GBA ni mati hidup balik pun nampaknya tidak akan bergabung dengan GISB.
8. GBA nak tiru jemaah GISB kepunyaan Abuya dalam keadaan bermusuh dengan Abuya dan GISB.  Iaitu buat bandar. Tapi di waktu GISB, sedang di ambang daulah diterima oleh majoriti rakyat Malaysia bahkan PM dan kerajaannya juga terima baik GISB, GBA sedang di pihak musuh!  Musuh yang sedang bungkam! Jemaah kebenarankah itu? Iaitu jemaah kebenaran Abuya yang pertama dengan GISB sedang menuju  daulah, jemaah kebenaran kedua oleh Abuya sedang nak tersungkur jatuh bersama Yahudi?
9. Cara dan pakej ibadah jemaah kebenaran kedua-duanya tidak sama, kewangannya, ilmunya, cara hidup, cita-cita dan lain-lain semuanya berbeza. Hakikatnya kedua-duanya ialah 2 jemaah yang sangat berbeza! Ertinya kalau GBA anggap dialah jemaah kebenaran maka dia cuma satu. Sebab GISB sama sekali tidak sama dengan GBA! Bukankah kedua-duanya sedang berperang? Sedang saling jatuh menjatuhkan?
10. Macamana Minda GBA, yang katanya dari Abuya tapi sangat tidak masuk akal. Padahal sebenarnya RSA itu, sedang memperjuangkan agar seluruh dunia akan berada di bawah satu jemaah, satu kepimpinan iaitu GISB oleh RSA!

NEGARA MALAYSIA TAPAK EMPAYAR ISLAM KEDUA



Malaysia sebelum merdeka, sebenarnya British mahu serahkan kepada bangsa Cina. Sepertilah yang mereka lakukan di Palestin, diserahkan kepada Yahudi. Tetapi itu tidak berlaku di Malaysia, kerana ketika hendak diserahkan kepada Cina, mereka (Cina) berpihak kepada komunis. Ini bererti mereka akan menentang British. Apa yang dirancang tidak menjadi. Faktornya ialah kerana Malaysia dijanjikan untuk tapak Empayar Islam kali kedua di akhir zaman. Mahu tidak mahu, kuasa diserahkan kepada Melayu.
Malaysia walaupun negara yang kecil tapi diberi kepercayaan menerajui OIC. Banyak negara-negara ummat Islam termasuk di Timur Tengah merujuk perlaksanaan Islam di Malaysia kerana ada modelnya. Abuyalah pencetus model Islam di Malaysia. Ini sejarah, tiada siapa yang boleh menutupnya. Ketika wanita-wanita malu menutup aurat, Abuyalah yang membawa fesyen menutup aurat. Abuya jugalah pencetus produk-produk makanan halal, hiburan-hiburan Islam, bahan bacaan Islam dan lain lain model, dalam kehidupan Islam.
Boleh kita katakan, Abuya telah mencetus Islamic Town sedangkan sebelum ini, Malaysia hanya ada China Town. Sesiapa pun tak boleh menafikan. Ia telah menjadi sejarah pembangunan negara Malaysia. Abuya jika pergi ke mana-mana negara, akan mencetuskan model Islam ini dan ianya dapat diterima oleh masyarakat setempat di negara-negara yang Abuya telah pergi. Sekarang Abuya bertapak di Haramain, dengan konsep yang sama iaitu membangunkan model Bandar Islam Malaysia. Masyarakat setempat sangat menerima dan mendapat sokongan rakyat tempatan.
Apa bangsa sekalipun, jika mahu menjadi Empayar atas nama Islam, mesti menjadikan Haramain sebagai pusat pentadbiran mereka. Maka Abuya telah berjaya melakukannya. Jelaslah bahawa Melayu atas nama Islam akan menjadi Empayar. Menurut sejarah, semua bangsa pernah menjadi empayar atas nama Islam kecuali Melayu. Kini tibalah giliran bangsa Melayu baru ini, akan menjadi Empayar Islam kali kedua. Jadi tidak hairanlah jika kepimpinannya datang dari bangsa Melayu iaitu Pemuda Bani Tamim dan Imam Mahdi.