Isnin, 27 April 2009

उलसन दरी HADIS

Thursday, July 26, 2007

Antara Perkhabaran Rasulullah S.A.W Dan Ramalan Nostradamus
Petikan dari artikel Arjuna Armada
Namrud telah memerintahkan supaya dibunuh anak-anak lelaki yang baru lahir. Namrud begitu yakin dengan nasihat para kahin (nujum) yang mentafsirkan mimpinya, bahawa kerajaannya akan jatuh oleh seorang bayi lelaki yang bakal lahir. Oleh kerana tidak tahu siapa di antara bayi -bayi yang lahir itu yang akan menjatuhkan kerajaannya, maka Namrud memerintahkan membunuh semua sekali, asal saja bayi itu lelaki. Kerana itu Nabi Ibrahim a.s diselamatkan oleh ibunya, baginda dilahirkan dan dibesarkan di dalam sebuah gua. Begitu juga yang berlaku kepada Nabi Musa a.s, ahli-ahli nujum Firaun pula meramalkan kejatuhan kerajaan Firaun adalah di tangan bayi lelaki yang bakal lahir. Kalau Nabi Ibrahim disorok di dalam gua, Nabi Musa disorok di dalam istana Firaun. Malah sebelum itu pernah dimasukkan ke dalam sabak (tempat bakaran roti) serta dihanyutkan ke sungai, terapung-apung hingga tiba di istana Firaun. Dari sanalah diambil oleh Firaun sebagai anak angkat, sementara ibunya dipanggil untuk menyusui anak angkat Firaun. Begitulah kisah dua orang Rasul yang bertaraf Ulul Azmi, lebih lagi bagi Rasul yang menjadi penghulu segala Nabi dan Rasul, Rasulullah SAW. Sebelum baginda dilahirkan, kisah kelahiran baginda telah diceritakan lebih awal di dalam Kitab Taurat dan Injil. Di sana dikenali dengan nama Ahmad, bukan Muhammad sebagaimana setelah dilahirkan.Kelahiran agung itu telah dihafal dan dijiwai oleh pendita Nasrani dan rahib Yahudi, hingga mereka mengenali sifat peribadi Rasulullah SAW itu lebih daripada anak mereka sendiri. Malah ada yang ternanti-nanti kelahiran tersebut di samping mengharap Nabi tersebut adalah dari kalangan mereka. Apabila berlaku kelahiran Rasulullah SAW, mereka segera mengenalinya melalui tanda-tanda yang telah tersebut di dalam Kitab Taurat danInjil. Apabila tiba seruan Islam dari Rasulullah SAW, merekalah yang menjadi penentang kerana iri hati dan hasad dengki, bukan kerana tidak tahu kebenaran. Hingga kini, Yahudi dan Nasrani tidak sudah-sudah memusuhi Islam. Mereka terus menerus mengkaji rahsia-rahsia kekuatan umat Islam dengan tujuan melumpuhkan ajaran Islam. Mereka berusaha agar umat Islam terlupa rahsia keagungan Islam yang telah dibina oleh Rasulullah SAW. Mereka lupakan umat Islam dari iman dan taqwa. Mereka menanamkan sikap cinta dunia yang membawa umat Islam menjadi lemah. Firman Allah: "Sekali-kali tidak akan redha orang-orang Yahudi dan Nasrani sehingga engkau mengikut cara hidup mereka." (Al Baqarah: 120)Ketika Sepanyol hendak ditakluki kembali oleh Kristian dari tangan umat Islam, berbagai strategi diatur dengan begitu rapi. Pemimpin mereka berpesan, "Jika kamu lihat mata umat Islam cerah (tidak kuyu atau merah kerana kurang tidur-beribadah malam), waktu itu seranglah mereka. Selagi kamu lihat mereka sembahyang malam, kamu tidak akan dapat menumpaskan mereka."Kini alaf baru telah tiba. Bagi umat Islam di akhir zaman khususnya di alaf ke 21 Masihi ini, sebenarnya ada janji Allah untuk kebangkitan dan kegemilangan semula Islam kali kedua. Perkara ini bagi sesetengah umat Islam dipandang remeh, kurang yakin bahkan ada yang menolak dan menentang. Termasuk di kalangan alim ulama yang terpengaruh dengan orentalis Barat. Keyakinan umat Islam terhadap hadis akhir zaman digugat dengan mewartakannya sebagai hadis dhaif atau palsu. Akhirnya umat Islam terus dibelenggu oleh kepompong ciptaan Yahudi dan Nasrani. Sedangkan di pihak mereka, Yahudi dan Nasrani, telah bersedia lebih awal dan bersiap siaga dengan kebangkitan yang dijanjikan itu. Ini kita dapat lihat, seorang peramal berbangsa Yahudi yang terkenal telah meramalkan kebangkitan Islam di tahun 2000 bermula dari sebelah Timur. Bagi saya, ini bukan semata-mata ramalan, tetapi adalah tafsiran atau hasil analisis hadis oleh pakar-pakar Yahudi. Mereka amat peka terhadap hadis-hadis yang menyebut secara khusus kebangkitan Islam. Kebangkitan Islam bererti kejatuhan dan kekalahan mereka. Segala kepalsuan dan kebatilan mereka akan terbongkar, dan segala kezaliman akan bertukar keadilan. Memang secara jelas disebut di dalam hadis tidak boleh mempercayai ramalan nujum. Tetapi apabila telah ada hadis mendahului ramalan itu, ia bukan nujum. Kadangkala dikatakan itu sebagai ramalan hanya untuk mengelirukan umat Islam. Mereka kata itu ramalan mereka sedangkan itu adalah maksud hadis yang mereka sembunyikan dari umat Islam selama ini. Sudahlah umat Islam ini diragukan dengan hadis, mereka tipu pula umat Islam dengan menamakan hadis sebagai ramalan (nujum) mereka.Di antara yang disebut oleh Michael Nostradamus (1503-1566) seorang rakyat Perancis berketurunan Yahudi, tokoh peramal dari Barat yang terkenal, yang dikatakan banyak ramalannya yang tepat. Menurut ramalan beliau yang ditulis semula oleh V. J. Hewitt dan Peter Lorie dalam buku The End of the Millennium, Prophecies : 1992 to 2001, beliau meramalkan pada tahun 2000, disebutkan secara lebih khusus mengenai munculnya seorang pemimpin Islam yang bakal merubah dunia. Menurut beliau:
1. Akan muncul A New World Religion.
2. Dipimpin oleh seorang yang dikenali dengan panggilan The Man from The East.
3. Dia muncul dari negeri yang terletak di pertemuan tiga buah laut.
4. Kemunculannya menggemparkan Timur dan Barat.
5. Ketika muncul, dia memakai serban biru (The Blue Turban).
6. Dia merayakan hari Khamis sebagai hari istimewa bagi dirinya.
Di sini saya ingin menghuraikan berkenaan perkara-perkara yang disebut oleh Nostradamus berdasarkan hadis, sekaligus membuktikan terdapat "mala-fide" Yahudi dalam konspirasi mengelirukan umat Islam. 1. Akan muncul A New World Religion.Kemunculan satu kuasa baru dunia berteraskan agama telah disebut secara nyata oleh Rasulullah SAW di dalam beberapa hadis. Di antaranya: Sabda Rasulullah SAW: "Sesungguhnya Allah akan membangkitkan bagi umat ini (Islam) pada awal setiap seratus tahun seorang mujaddid yang bakal membaharu (menghidupkan) urusan agamanya." (Riwayat Abu Daud, Al Hakim, Al Baihaqi, Al Iraqi, Ibnu Hajar Al Asqalani) Imam As Sayuti berkata: Para penghafal hadis sepakat mengatakan hadis ini sahih) Kita kini berada di awal kurun Hijrah ke-15, iaitu 1420 Hijrah. Mengikut tafsiran ulama, yang dikatakan awal kurun itu ialah 1/4 yang pertama. Ertinya kita kini berada di awal kurun. Sebagaimana janji Allah melalui lidah Rasulullah SAW ini, pastilah akan lahir seorang pemimpin yang akan menghidupkan syiar serta perjuangan Islam di zaman ini. Berbetulan pula kini kita melangkah ke alaf ke-3 Masehi dan berada di awal tahun 2000. Dalam sebuah hadis yang lain, bersabda Rasulullah SAW: "Telah berlaku zaman kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian berlakulah zaman kekhalifahan (Khulafa'-ur-Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sepertimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkatnya lalu berlakulah zaman pemerintahan yang menggigit (zaman fitnah). Berlakulah zaman itu seperti yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkatnya pula. Kemudian berlakulah zaman penindasan dan penzaliman (zaman pemerintahan diktator) dan kemudian berlakulah zaman itu sepertimana yang Allah kehendaki. Kemudian berlakulah pula zaman kekhalifahan (zaman Al Mahdi dan Isa a.s) yang berjalan di atas cara hidup zaman kenabian. Kemudian baginda diam." (Riwayat Ahmad) Secara umum apabila kita meneliti sejarah, zaman kenabian, zaman Khulafa'-ur-Rasyidin, zaman fitnah (pemerintah telah rosak sedang rakyat masih baik), zaman diktator (penjajahan Yahudi dan Nasrani) dan kini adalah giliran zaman seperti zaman kenabian itu berulang semula. Inilah yang dimaksudkan sebagai A New World Religion oleh Nostradamus.2. Dipimpin oleh seorang yang dikenali dengan panggilan The Man from The East.Kebangkitan yang dimaksudkan itu akan dipimpin oleh seorang pemimpin dari Timur sebagai pencetusnya. Di dalam beberapa hadis disebutkan berkenaan pemimpin dari Timur itu:1.Daripada Ibnu Umar, bahawa Rasulullah SAW sambil memegang tangan Sayidina Ali; baginda berkata: "Akan keluar dari sulbi ini seorang pemuda yang memenuhi bumi ini dengan keadilan. Maka apabila kamu menyakini demikian itu hendaklah bersama Pemuda Bani Tamim itu. Sesungguhnya dia datang dari sebelah Timur dan dialah pemegang panji-panji Al Mahdi." (Hadis riwayat At Tabrani)2. Dari Tsauban r.a dia berkata, telah bersabda Rasulullah SAW, akan datang Panji-Panji Hitam (kekuasaan) dari sebelah Timur, seolah-olah hati mereka (pendukung-pendukung) umpama kepingan-kepingan besi (jiwa berani). Barangsiapa mendengar tentang mereka, hendaklah datang kepada mereka dan berbai'ahlah kepada mereka sekalipun merangkak di atas salji. (Dikeluarkan oleh Al Hafiz Abu Naim)3. Dia muncul dari negeri yang terletak di pertemuan tiga buah laut.Negara Timur tempat perjuangan pemimpin tersebut terletak di pertemuan tiga buah laut. Siapa sahaja yang merasakan kedudukan mereka terancam akan membuat kajian dan menyusun strategi untuk menyelamatkan diri. Sementelahan pula Yahudi dan Nasrani yang telah tahu tentang kebangkitan Islam di akhir zaman. Memang Timur itu tidak ditentukan di manakah negaranya melalui hadis. Ini adalah kajian pihak musuh, akhirnya mereka berpendapat negara tersebut terletak dalam lingkungan tiga buah laut di sebelah Timur. Mereka mencari negeri yang ada sifat demikian dan di negeri-negeri berkenaan, mereka menjalankan 'kerja-kerja kotor' iaitu cuba memadamkan kalimah Ilahi dengan pelbagai cara. Dengan berbuat demikian, mereka berharap dapat menghalang kebangkitan Islam buat kali kedua dari kawasan yang telah disebutkan itu. Sebab itulah wilayah-wilayah di Indonesia sejak dahulu lagi menjadi sasaran utama mereka kerana mereka yakin dari sanalah akan bangkitnya "The Man from The East" itu. Selain itu, mereka turut membina pangkalan (pusat operasi) di sebelah sini iaitu di Filipina dan Singapura. Filipina adalah pusat operasi bagi kaum Nasrani manakala Singapura pula adalah pusat operasi bagi Zionis Yahudi. Dari kedua-dua tempat itulah mereka memantau seluruh Asia Tenggara ini, terutamanya Indonesia kerana dipercayai oleh mereka Pemuda Bani Tamim itu berasal dan berkembang di Indonesia. Itulah bukti kukuh kepercayaan para pendeta Yahudi dan Nasrani terhadap kemunculan Pemuda Bani Tamim dan Imam Mahdi itu serta kawasan di mana mereka berdua akan dibangkitkan. Namun, atas sebab-sebab permusuhan yang sangat kuat, setiap pergerakan mereka ini dibuat atas nama perniagaan, hubungan politik, ekonomi, pertahanan, ketenteraan dan sebagainya sehingga tidak kelihatan niat sebenar mereka ke atas umat Islam di kawasan ini. Di samping itu, mereka juga sangat kuat menyimpan niat sebenar mereka sehingga tidak pernah dapat diketahui oleh mana-mana umat Islam di kawasan ini sejak dahulu hingga ke hari ini. Perkara-perkara ini hanya dapat diketahui melalui pendedahan oleh para sarjana dan cendekiawan mereka sendiri melalui penerbitan-penerbitan mereka sendiri sahaja. Begitu bijaknya mereka beroperasi. Boleh jadi juga negara tersebut ialah Tanah Melayu yang telah menjadi Malaysia kini. Pada peringkaat awal, pihak musuh lebih beranggapan Indonesialah tempat yang dimaksudkan. maka mereka berjuang silih berganti menjajah Indonesia, menyebarkan ajaran Kristian dan cara hidup Yahudi di sana. Mereka terlupa dalam keghairahan itu, sebuah negara yang juga terletak di antara tiga laut, Laut China Selatan, Laut Sulu dan Lautan Hindi. Indonesia adalah kepulauan, oleh itu ia sudah tentu dikelilingi oleh laut, sedangkan Malaysia (khususnya semenanjung) hanya di lingkungi tiga penjuru. Di Utaranya tiada laut (tanah besar Thailand). Umat Islam tidak boleh memandang remeh tentang perkara ini. Kajian pihak musuh bukan kajian yang main-main kerana mereka berjuang antara hidup dan mati.Jika dilihat di segi mercup suburnya Islam berbanding negara-negara Timur yang lain, Malaysialah yang terkehadapan. Walaupun masih amat banyak kelemahan, itulah yang paling kuat keIslamannya. Bukan diihat di sudut kuantiti penduduk tetapi di sudut kualiti penghayatan.Di sudut bangsa pula, bangsa Melayu adalah bangsa yang belum pernah menguasai dunia berbanding bangsa-bangsa lain. Mungkin ini peluang untuk bangsa Melayu. Sudah tentu pula pemimpin yang dimaksudkan itu tidak hanya berjuang dalam lingkungan tempatan, kedaerahan atau kenegaraan semata-mata. Perjuangannya adalah perjuangan global yang menjadikan tanah airnya sebagai tapak globalisasi Islami. Mana tahu kalau-kalau pemimpin itu telah ada. Bahkan pasti ada jika merujuk kepada hadis, kita kini berada hampir di penghujung awal kurun. Mungkin beliau sedang berjuang tetapi tidak disedari oleh musuh-musuh, atau dianggap remeh oleh musuh. Begitulah apabila Allah mahu mengalahkan musuhNya. 4. Kemunculannya menggemparkan Timur dan Barat.Semua manusia di seluruh dunia akan terkejut besar dengan perlantikannya sebagai pemimpin manusia di Timur. Pernyataan ini disebutkan oleh Nostradamus dengan tegas dalam buku ramalannya. Ketika itu, kebanyakan urusan perniagaan akan terhenti atau lumpuh seketika sebelum pulih di negara-negara lain. Di negara tempat beliau zahir itu, ekonominya akan lumpuh terus dan hapus lalu beliau gantikan dengan sistem ekonomi Islam yang lebih adil dan sangat stabil. Sistem ekonomi Islam yang beliau lagang nanti akan turut menggemparkan seluruh ahli ekonomi dan tokoh perniagaan yang pakar-pakar di seluruh dunia. Sistem ekonomi Islam beliau menyebabkan sistem kapitalis, sosialis dan sebagainya itu akan hancur, lumpuh dan tidak bermaya. Akhirnya, sistem ekonomi Islam yang beliau lagang itu nantilah yang akan berkembang pesat dan meruntuhkan seluruh sistem ekonomi yang sedia ada di dunia. Perkara ini termasuk dalam sifat keadilan yang dibawa oleh pemimpin tersebut. Kedatangannya memenuhi dunia dengan keadilan sepertimana sebelum ini dipenuhi oleh kezaliman. Dari Ibnu Mas'ud RA, katanya, "Ketika kami berada di sisi Rasulullah SAW, tiba-tiba datang sekumpulan anak muda dari kalangan Bani Hasyim. Apabila terlihatkan mereka, maka kedua-dua mata baginda SAW dilinangi air mata dan wajah baginda berubah. Aku pun bertanya, "Mengapakah kami melihat pada wajah Tuan sesuatu yang tidak kami sukai?" Baginda menjawab, "Kami Ahlul Bait telah Allah pilih untuk kami akhirat lebih dari dunia. Kaum kerabatku akan menerima bencana dan penyingkiran selepasku kelak sehinggalah datang suatu kaum dari Timur yang membawa bersama-sama mereka Panji-panji Hitam. Mereka meminta kebaikan tetapi tidak diberikannya, maka mereka pun berjuang dan beroleh kejayaan lalu diberikanlah apa yang mereka minta itu tetapi mereka tidak menerima sehinggalah mereka menyerahkannya kepada seorang lelaki dari kaum kerabatku yang akan memenuhkan bumi ini dengan keadilan seperti bumi ini dipenuhi dengan kedurjanaan sebelumnya. Sesiapa yang sempat menemuinya, maka datangilah mereka, walaupun terpaksa merangkak di atas salji. Sesungguhnya dia adalah al-Mahdi." (Riwayat Ibnu Majah) Keadilan yang ditegakkan itu secara menyeluruh meliputi setiap aspek samada politik, ekonomi, pendidikan dan lain-lain. Sabda Nabi SAW: "Akan keluar dari sulbi ini (Sayidina Ali KW) seorang pemuda yang akan memenuhkan bumi ini dengan keadilan. Maka apabila kamu meyakini yang demikian itu, hendaklah kamu turut menyertai Pemuda Bani Tamim itu. Sesungguhnya dia datang dari sebelah Timur dan dialah pemegang panji-panji al-Mahdi." (Riwayat At-Tabrani) 5. Ketika muncul, dia memakai serban biru (The Blue Turban).Oleh kerana pemimpin tersebut adalah seorang pejuang Islam yang amat cinta kepada Rasulullah SAW, pastilah segala sunnah Rasul itu diperjuangkannya. Tidak mungkin seorang pejuang Islam tidak berserban seperti Rasulullah SAW. Walaupun ketika ini, amalan sunnah seperti berserban itu telah dimomok-momokkan oleh orang. Disebutkan tentang warna serban, sebenarnya banyak hadis menyebut tentang serban pemimpin ini, samada secara khusus ataupun secara umum (merangkumi pengikut-pengikutnya). Khususnya di dalam kitab Jamiussoghir karangan Imam As Sayuti. Ketika kemunculannya hanya dia seorang yang memakai serban berwarna biru di dunia ini. Mungkin serban biru itu tidak selalu dipakainya, cuma sekali-sekala sahaja. Namun begitu, ini sudah cukup menjadi bukti bahawa hanya beliau seorang yang sanggup memakai serban biru. Ulama lain ketika itu, terutamanya ulama fiqh, sudah tidak sanggup lagi meletakkan serban di atas kepala sebagai pakaian harian, apatah lagi untuk memakai serban yang berwarna biru atau hijau. Berat pula pernyataan dari Nostradamus ini merujuk kepada pemakaian serban berwarna biru ketika zahirnya Pemuda Bani Tamim ini dengan mendapat kekuasaan di dunia sebelah Timur itu. Maknanya, serban warna biru itu dipakainya ketika beliau mula-mula mendapat kuasa di negeri sebelah Timur dan mula-mula diberikan baiah oleh sekalian manusia. Mungkin begitulah yang dimaksudkan serban biru oleh Nostradamus.6. Dia merayakan hari Khamis sebagai hari istimewa bagi dirinya.Ini suatu yang tidak lazim bagi kebanyakan umat Islam ketika itu, di seluruh dunia termasuk oleh para ulamanya. Maksudnya di sini ialah, hari Khamis malam Jumaat. Malam yang lazimnya orang-orang Islam membaca Surah Yasin selepas sembahyang Maghrib di masjid, di surau atau di rumah. Beliau menjadikannya istimewa kerana pada malam Jumaat itulah beliau akan membanyakkan zikir, doa dan sebagainya seolah-olah orang yang menyambut malam raya. Mungkin maksudnya beliau menjadikan malam Jumaat itu sebagai masa untuk membaca selawat dan mengamalkan zikrullah sehingga jadilah malam Jumaat itu sebagai sangat istimewa bagi dirinya. Dan memang pun begitu keadaannya bagi para solihin dan wali-wali sejak zaman para sahabat lagi, hinggalah zaman salafus soleh dan diteruskan hingga kini, mereka menjadikan hari Khamis malam Jumaat sebagai suatu hari raya dan malam berpesta-pesta amal dan taqarrub kepada Allah. Pesta seperti ini hanya mampu dilakukan oleh para wali Allah dan orang-orang soleh sahaja. Mereka menyambutnya dengan penuh kegembiraan, semangat baru dan azam baru untuk melipatgandakan amal ibadat kepada Allah. Itulah maksud sebenar yang dikatakan oleh tokoh peramal Barat yang terkenal, Nostradamus, dengan kenyataan bahawa, beliau menjadikan hari Khamis sebagai hari istimewa bagi dirinya. Maksudnya di sini juga, umat Islam ketika itu sudah semakin jauh meninggalkan ajaran agamanya sendiri, sehinggakan hari Khamis malam Jumaat yang mulia itupun sudah dianggap tidak berbeza langsung daripada hari-hari dan malam-malam lainnya. Tahun yang disebut iaitu tahun Masehi 2000 telah tiba. Sebagai orang yang beriman dengan hadis sepatutnya kita peka dengan perkara ini. Di mana, di saat ini pihak musuh Islam lebih-lebih lagi peka, maklumlah mereka dijanjikan untuk menerima kekalahan. Sedangkan bagi umat Islam, telah dijanjikan kemenangan. Hanya yang perlu, penuhi jiwa dengan iman dan taqwa, serta berusahalah untuk mendapatkan pimpinan dari pemimpin yang dimaksudkan itu. Sabda Nabi SAW, "Akan datang Panji-panji Hitam dari Timur, seolah-olah hati mereka adalah kepingan-kepingan besi. Sesiapa yang mendengar tentang mereka, hendaklah datang kepada mereka dan berbaiatlah kepada mereka, sekalipun terpaksa merangkak di atas salji." (Riwayat Al-Hafiz Abu Naim)"

7 ulasan:

  1. APAKAH ADA KETURUNAN AHLUL BAIT?

    Dlm Al Quran yang menyebut 'ahlulbait', rasanya ada 3 (tiga) ayat dan 3 surat.

    1. QS. 11:73: Para Malaikat itu berkata: "Apakah kamu merasa heran tentang ketetapan Allah? (Itu adalah) rahmat Allah dan keberkatan-Nya, dicurahkan atas kamu, hai ahlulbait. Sesungguhnya Allah Maha Terpuji lagi Maha Pemurah".

    Ayat ini jika dikaitkan dengan ayat sebelumnya, maka makna 'ahlulbait' adalah terdiri dari isteri dari Nabi Ibrahim.

    2. QS. 28:12: Dan Kami cegah Musa dari menyusu kepada perempuan-perempuan yang mau menyusukan(nya) sebelum itu; maka berkatalah Saudara Musa: 'Maukahkamu aku tunjukkan kepadamu 'ahlulbait' yang akan memeliharanya untukmu, dan mereka dapat berlaku baik kepadanya?

    Ayat ini jika dikaitkan dengan ayat sebelumnya, maka makna 'ahlulbait' adalah meliputi Ibu kandung Nabi Musa As. atau ya Saudara kandung Nabi Musa As.

    3. QS. 33:33: "...Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kamu 'ahlulbait' dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya".

    Ayat ini jika dikaitkan dengan ayat sebelumnya QS. 33: 28, 30 dan 32, maka makna para ahlulbait adalah para isteri Nabi Muhammad SAW.

    Sedangkan ditinjau dari sesudah ayat 33 yakni QS. 33:34, 37 dan 40 maka penggambaran ahlulbaitnya mencakup keluarga besar Nabi Muhammad SAW. para isteri dan anak-anak beliau.

    Jika kita kaitkan dengan makna ketiga ayat di atas dan bukan hanya QS. 33:33, maka lingkup ahlul bait tersebut sifatnya menjadi universal terdiri dari:

    1. Kedua orang tua Saidina Muhammad SAW, sayangnya kedua orang tua beliau ini disaat Saidina Muhammad SAW diangkat sbg 'nabi' dan rasul sudah meninggal terlebih dahulu.

    2. Saudara kandung Saidina Muhammad SAW, tapi sayangnya saudara kandung beliau ini, tak ada karena beliau 'anak tunggal' dari Bapak Abdullah dengan Ibu Aminah.

    3. Isteri-isteri beliau.

    4. Anak-anak beliau baik perempuan maupun laki-laki. Khusus anak lelaki beliau yang berhak menurunkan 'nasab'-nya, sayangnya tak ada yang hidup sampai anaknya dewasa, sehingga anak lelakinya tak meninggalkan keturunan.

    Bagaimana tentang pewaris tahta 'ahlul bait' dari Bunda Fatimah?. Ya jika merujuk pada QS. 33:4-5, jelas bahwa Islam tidaklah mengambil garis nasab dari perempuan kecuali bagi Nabi Isa Al Masih yakni bin Maryam.

    Lalu, apakah anak-anak Bunda Fatimah dengan Saidina Ali boleh kita anggap bernasabkan kepada nasabnya Bunda Fatimah?. ya jika merujuk pada Al Quran maka anak Bunda Fatimah dengan Saidina Ali tidaklah bisa mewariskan nasab Saidina Muhammad SAW.

    Kalaupun kita paksakan, bahwa anak Bunda Fatimah juga ahlul bait, karena kita mau mengambil garis dari perempuannya (Bunda Fatimah), maka untuk selanjutnya yang seharusnya pemegang waris tahta ahlul bait diambil dari anak perempuannya seperti Fatimah dan juga Zainab, bukan Hasan dan Husein sbg penerima warisnya.

    Dengan demikian sistim nasab yang diterapkan itu tidan sistim nasab berzigzag, setelah nasab perempuan lalu lari atau kembali lagi ke nasab laki-laki, ya seharusnya diambil dari nasab perempuan seterusnya.

    Bagaimana Saidina Ali bin Abi Thalib, anak paman Saidina Muhammad SAW, ya jika merujuk pada ayat-ayat ahlul bait pastilah beliau bukan termasuk kelompok ahlul bait. Jadi, anak Saidina Ali bin Abi Thalib baik anak lelakinya mapun perempuan, otomatis tidaklah dapat mewarisi tahta 'ahlul bait'.

    Kesimpulan dari tulisan di atas, maka pewaris tahta 'ahlul bait' yang terakhir hanya tinggal bunda Fatimah. Berarti anaknya Saidina Hasan dan Husein bukanlah pewaris tahta AHLUL BAIT.

    BalasPadam
    Balasan
    1. sujud sukur berkat bantuan aki pramadi,,,dan berkat imformasi dari member-member aki pramadi,,,yang telah meyampaikan bahwa jika anda ingin mengubah nasib melalui angka togel ghoib hubungi AKI PRAMADI,,,dan TADI malam saya sudah buktikan berkat bantuan AKI PRAMADI,,,yang telah memberikan angka togel ghoib SGP 4D (8650) tadi malam 16-12-2015 akhirnya saya menang 500 juta,,,dan insyaallah saya bisa lunasi semua hutang-hutang saya yang lagi di BANK,,,sekali lagi saya ucapkan banyak-banyak terimah kasih kepada AKI PRAMADI,,,dan member-member.nya yang telah mengimformasikan keberhasilanya,,,dan saya turut mengimformasikan,,,jika anda merasa punya beban (hutang)yang sudah lama belum bisa terlunasi,,,dan ingin mengubah nasib lebih layak dibandingkan nasib yang sekarang seperti saya,,,dan member-member yang lain silahkan hubungi AKI PRAMADI DI nomor,,,082~349~535~132,,BELIAU BISA MEMBANTU DI PUTARAN APAPUN,ATAU ANDA BUTUH PESUGIHAN SILAHKAN HUB AKI PRAMADI DEMIKIAN KISAH NYATA DARI SAYA..

      Padam
  2. Issu kedatangan Imam Mahdi itu sebenarnya wujud harapan pengikut Nabi Ibrahim As. setelah beliau berdoa sbb.: “Ya Tuhan kami, utuslah untuk mereka sesorang Rasul dari kalangan mereka, yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayat Engkau, dan mengajarkan kepada mereka Al Kitab (Al Qur’an) dan Al-Hikmah (As-Sunnah) serta mensucikan mereka. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana” (QS. 2:129).

    Oleh katurunan beliau ini selanjutnya, ditunggu-tunggulah kedatangannya sampai datang nabi terakhir dari dinasti Bani Israel yakni Nabi Isa As bin Maryam. Namun sayang, dalam Injil masih disebut issu Imam Mahdi, Mesiah, Satrio Piningit dsb. berarti masih akan datang lagi Imam Mahdi yang pamungkas, yang sesungguhnya.

    Maka akhirnya, lahirlah Nabi kita Muhammad SAW sebagai Rasul Allah dan sekaligus penutup para nabi (QS. 33:40) dengan membawa Al Quran yang didalamnya memuat pernyataan atau ikrar Allah SWT bahwa Nabi Muhammad SAW dianugerahi agama ISLAM (QS. 5:3). Nama Islam tidak pernah termuat dalam kitab-kitab suci sebelum Al Quran.

    Dengan kedatangan Nabi Muhammad SAW sekaligus juga terjawablah issu tentang akan datang lagi Nabi Isa bin Maryam dan issu Imam Mahdi. Nabi Isa As. tidak akan datang lagi karena sudah tegas dinyatakan dalam Al Qiran (S. 2:134 dan 141). Begitu juga Imam Mahdi tidak akan lahir lagi karena penutup para nabi hanyalah Nabi kita Muhammad SAW.

    Tinggal bagaimana para khalifah-khalifah (ya raja, presiden, gubernur, pangeran, sultan, bupati atau walikota) kini dan yang akan datang ‘mampu’ membumikan Islam dan Al Quran dalam kehidupan nyata di dunia ini, ya masalah sosial budaya terutama masalah kekuasaan dan pemerintahannya.

    BalasPadam
  3. Imam Mahdi pasti tiba kesannya sudah terasa maka para Yahudi dan kuncu2nya sedang sangat ketakutan kerna kedatangannya membawa kemakmuaran dan menghapus penzaliman sistgem Yahudi@ sistem setan

    BalasPadam
  4. Untuk mendapatkan jawaban dari persoalan saudara sila dapatkan buku"Sejarah, Silsilah dan Gelar Keturunan Nabi Muhammad SAW di Indonesia, Singapura, Malaysia, Timur Tengah , India dan Afrika"
    Buku ini menjawab panjang lebar tentang persoalan yang sdra ajukan.. Buku ini sudah di pasaran terbitan dri negara Indonesia.. Selamat Membaca

    Harga Lama:Rp. 60.000,-
    Harga:Rp. 55.000,-

    Sejak masa kebesaran Aceh telah banyak keturunan Rasulullah Muhammad SAW yang datang ketanah air kita ini. Harus diakui, banyak jasa mereka dalam menyebarkan Islam di seluruh Nusantara ini. Kedudukan mereka di negeri ini yang turun temurun menyebabkan mereka telah menjadi anak negeri dimana mereka berdiam. Kebanyakan mereka menjadi ulama. Mereka datang dari Hadramaut, dari keturunan Isa al-Muhajir dan al-Faqih al-Muqaddam. Mereka datang dari berbagai kalangan keluarga. Yang kita banyak kenal ialah keluarga Alatas, Assagaf, Alkaf, Bafaqih, Alaydrus, Bin Syekh Abubakar, Al-Habsyi, Al-Haddad, Bin Smith, Bin Syahab, Al-Qadri, Jamalullail, Assiry, Al-Aidid, Al-Jufri, Al-Bar, Al-Mussawa, Al-Hadi, Ba'abud, Al-Zahir, Bin Yahya dan lain-lain. Semuanya adalah dari Ubaidillah bin Ahmad bin Isa Al-Muhajir
     
    Penting bagi kita untuk mengetahui siapa mereka, bagaimana perjalanan mereka hingga tersebar ke Timur Tengah, Asia Tenggara, India dan Afrika, serta apa arti gelar yang mereka sandang. Buku ini hadir dihadapan umat Islam sebagai jawaban atas pertanyaan-pertanyaan diatas. Semoga buku ini dapat menjawab siapa dan bagaimana keturunan Nabi Muhammad SAW dari jalur Ahmad bin Isa Al-Muhajir dan Al-Faqih Al-Muqaddam, khususnya yang berada di Indonesia.
     
     
    DAFTAR ISI BUKU INI:
     
    Kata Pengantar 
     
    BAB 1
    Seputar Nasab
    A. Ilmu Nasab tidak bermanfaat
    B. Nuh as : Bapak Manusia di Dunia
    C. Qahthan bukan anak Nabi Hud as
    D. Qahthan dan Adnan : kaum pendatang di Hadramaut
     
    BAB 2 :
    Keutamaan Ahlul Bait
    A. Ahlu Bait menurut bahasa dan istilah
    B. Ahlu Bait menurut Al-Qur'an dan Sunnah
    C. Kekhususan Ahlu Bait Nabi saw
     
    BAB 3 :
    Menjaga dan Melestarikan Silsilah Keturunan Nabi saw
    A. Masa Khalifah
    B. Kalangan ulama
    C. Nagib dan Munsib
    D. Kitab-kitab Nasab
    E. Maktab Daimi Rabithah Alawiyah
     
    BAB 4 :
    Ahlu Bait Nabi saw
    - Ali bin Abi Thalib
    - Siti Fathimah al-Zahra al-Batul
    - Hasan bin Ali bin Abi Thalib
    - Husein bin Ali bin Abi Thalib
    - Ali Zainal Abidin
    - Muhammad al-Baqir
    - Ja'far Ash-Shodiq
    - Ali Al-Uraidhi
    - Muhammad an-Naqib
    - Isa Ar-Rumi
     
    BAB 5 :
    Keluarga Alawiyin di Hadramaut
    - Ahmad bin Isa al-Muhajir
    - Ibaidillah bin Ahmad bin Isa
    - Alwi bin Ubaidillah
    - Muhammad bin Alwi
    - Alwi bin Muhammad bin Alwi
    - Ali Khali Qasam
    - Muhammad Shabib Marbath
    - Alwi bin Muhammad Shahib Marbath
    - Ali bin Muhammad shahib Marbath
    - Muhammad al-Faqih al-Muqaddam
     
    BAB 6
    Syamsu al-Dazhirah : Kitab Silsilah Alawiyin
    - Keluarga Ali bin Muhammad Shabib Marbath
    - Keluarga Muhammad Maula Dawilah
    - Keluarga Abdurrahman Assagaf
    - Keluarga Abdullah Alaydrus
    - Keluarga Ali bin Abi Bakar As-Sakran
    - Keluarga Ahmad bin Abu Bakar As-Sakran
    - Keluarga hasan Ali bin Abu Bakar as-Sakran
    - Keluarga Aqil bin Abdurrahman Assagaf
    - Keluarga Ali bin Abdurrahman Assagaf
    - Keluarga Alwi bin Abdurrahman Assagaf
    - Keluarga Ibrahim bin Abdurrahman Assagaf
    - Keluarga Husin bin Abdurrahman Assagaf
    - Keluarga Abdullah bin Abdurrahman Assagaf
    - Keluarga Aqil bin Salin bin Abdullah
    - Keluarga Abu Bakar bin Salim bin Abdullah
    - Keluarga Alwi bin Muhammad Maula Dawilah
    - Keluarga Ali bin Muhammad Maula Dawilah
    - Keluarga Abdullah bin Alwi bin Muhammad al-Faqih al-Muqaddam
    - Keluarga Ahmad bin Muhammad  al-Faqih al-Muqaddam
    - Keluarga Ali bin Muhammad al-Faqih al-Muqaddam
    - Keluarga Alwi bin Muhammad Shahib Marbath
     
    BAB 7 :
    Gelar Alawiyin
    1. Hamka dan Keturunan Rasul saw
    2. Fatwa bin Baz tentang keturunan Rasul saw
    3. Gelar Imam, Syekh, Habib dan Sayid
    4. Gelar-gelar golongan Sayid
    5. Silsilah nasab
     
     
     

    BalasPadam
  5. Siapakah yang di katakan 'Ahlul Bait' Rasulullah?
    Ada terdapat pelbagai pendapat dan perbalahan tentang siapakah yang di katakan 'Ahlul Bait' Rasulullah,namun seperti yang saya katakan,jika terdapat perbalahan dan kekeliruan dalam sesuatu perkara,maka ada baiknya kita berpatah balik kepada Al Quran dan Sunah Waljamaah,kerana hanya dengan ini kita akan terlindung dari kesesatan.

    ADAKAH sesiapa di antara kita masih BELUM atau TIDAK faham makna 'Al Quran dan Sunah Waljamaah'?  
    <> :

     AL QURAN DAN SUNNAH WALJAMAAH  

     MENGAPA MESTI KEMBALI KEPADA AL QURAN 

    BUKTI KEDATANGAN AL QURAN

    APA ITU 'KUN FAYA KUN'?

    BERbalik kepada perbincangan kita mengenai siapakah yang di katakan 'Ahlul Bait',
    Pemilihan bukanlah kerana pilih-kasih Rasulullah saw terhadap keluarganya, tapi semata-mata karena kehendak Allah swt.

    Dan memang dalam menentukan sikap Rasulullah saw tidak pernah berdasarkan hawa nafsu tapi semata-mata karena kehendak Allah swt:


    “Dia (Rasulullah) tidak pernah berbicara berdasarkan hawa nafsu, tetapi ia semata-mata berdasarkan wahyu diwahyukan kepadanya.” (An-Najm: 3-4)

    Keluarga Rasulullah saw yang istimewa inilah yang disebut dengan istilah keluarga nubuwwah, keluarga kenabian. Mereka ini hanya lima orang:

    Rasulullah saw sendiri,
    Ali bin Abi Thalib,
    Fatimah,
    Hasan 
    Husein. 

    Lima orang inilah yang oleh Al-Qur’an disebut sebagai “Ahlul bait”, orang-orang yang disucikan oleh Allah swt dari salah dan dosa melalui peristiwa Al Kisa,

    Lantas apakah itu Al Kisa wahai saudara dan saudari? SILA klik disini>>>MENGENAI AL KISA

    Allah swt menyatakan dalam firman-Nya:

    “Sungguh tiada lain Allah berkehendak menjaga kamu dari dosa-dosa hai Ahlul bait dan mensucikan kamu dengan sesuci-sucinya.” (Al-Ahzab/33: 33)



    Untuk mengetahui lebih detail penjelasan Rasulullah saw dalam hadis-hadisnya tentang siapa yang dimaksud “Ahlul bait” dalam ayat ini dan Asbabun nuzulnya.  

    Perbedaan Timbal-balik dakwah para Nabi (as)

    Dalam hal timbal-balik dakwah para Nabi (as) dari umatnya ada perbedaan.
    Tentang upah dakwah para nabi Allah swt menyatakan:

    (ia berkata): “Hai kaumku, aku tidak meminta harta benda kepada kamu (sebagai upah) dalam dakwahku. Upahku hanyalah dari Allah dan aku sekali-kali tidak akan mengusir orang-orang yang telah beriman. Sesungguhnya mereka akan bertemu dengan Tuhannya, akan tetapi aku memandangmu suatu kaum yang tidak mengetahui.” (Hud: 29)

    Katakanlah: “Upah apapun yang aku minta kepadamu, maka itu untuk kamu. Upahku hanyalah dari Allah, dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu”. (Saba’: 47)

    Katakanlah: “Aku tidak meminta upah sedikitpun kepada kamu dalam menyampaikan risalah itu, melainkan (mengharapkan kepatuhan) orang-orang yang mau mengambil jalan kepada Tuhannya.” (Al-Furqan: 57)

                                                                                                                                                                  

    Adapun upah dakwah Rasulullah saw Allah swt menegaskan dalam firman-Nya: 

    Katakan (hai Muhammad): “Aku tidak meminta upah apapun kepada kalian dalam dakwah ini kecuali kecintaan kepada keluargaku.” (Surat Asy-Syura: 23)

    Dalam ayat ini Allah swt menegaskan bahwa upah yang harus berikan oleh umat Rasulullah saw kepada beliau dalam dakwahnya adalah kecintaan kepada “Keluarga Istimewa” beliau yang dalam surat Al-Ahzab: 33 sebagai “Ahlul bait”.

    Hal yang berkaitan tentang Ahlul Bait:-SILA KLIK DIBAWAH:-

    MENGENAI NASAB RASULULLAH MELALUI FATIMAH DAN ALI

    BalasPadam
  6. Kekhususan ahlu bait Nabi saw
    1. Ahlu bait diharamkan menerima sedekah.


    a. Rasulullah saw bersabda :


    ان الصدقة لا تنبغي لأل محمد, إنما هي أوساح الناس

    Sesungguhnya sedekah tidak pantas (tidak halal) bagi keluarga Muhammad, karena sedekah itu adalah daki (kotoran) manusia.

    b. Rasulullah saw bersabda :

    وانها لا تحل لمحمد ولا لأل محمد

    Sesungguhnya (sedekah) itu tidak halal bagi Nabi Muhammad dan bagi Keluarga Muhammad saw.[1]

    a. Rasulullah saw bersabda :

    كخ كخ , ليطرحها , اما شعرت انّا لا نأ كل الصدقة


    Hai Hai ! (maksudnya agar dibuang). Apakah kamu belum tahu, bahwa kita (keluarga Muhammad) tidak boleh memakan hasil dari zakat.[2]

    2. Ahlu bait mempunyai nasab dan asal usul yang mulia.

    a. Rasulullah saw bersabda :


    ان الله اصطفى كنانة من بنى اسماعيل واصطفى كنانة قريشا واصطفى قريش

    بنى هاشم واصطفنى من بن هاشم


    Sesungguhnya Allah swt telah memilih Kinanah dari anak-anak Ismail dan memilih Quraisy dari Kinanah dan memilih Bani Hasyim dari Quraisy dan memilih aku dari Bani Hasyim.[3]


    b. Baihaqi, Abu Nu’aim dan Tabrani meriwayatkan dari Aisyah, Disebutkan bahwa Jibril as berkata :

    قلبت مشارق الأرض و مغاربها فلم أجد رجلا افضل من محمد , وقلبت مشارق

    الأرض و مغاربها فلم أجد بنى أب افضل من بنى هاشم


    Aku membolak balikkan bumi, antara Timur dan Barat, tetapi aku tidak menemukan seseorang yang lebih utama daripada Muhammad saw dan akupun tidak melihat keturunan yang lebih utama daripada keturunan Bani Hasyim.[4]


    c. Dari Jabir bin Abdillah al-Anshari berkata : Ketika kami dan Ali sedang berada di Arafah bersama Rasulullah saw, beliau memanggil Ali : Wahai Ali mendekatlah dan letakkanlah telapak tanganmu di atas telapak tanganku, setelah itu Rasulullah bersabda :

    يَا عَلِي, خلقت أنَا وَ أَنْتَ مِنْ شَجَرَةٍ أنَا أصَلُهَا وَأنْتَ فَرْعُهَا وَالحَسَن وَالحُسَين أَغْصَانهَا,

    فَمَنْ تَعَلّق بِغُصْنٍ مِنْ أَغْصَانِهَا أَدْخَلَهُ الجَنَّةَ .

    Wahai Ali, Aku dan engkau diciptakan dari satu pohon, Saya pangkalnya dan engkau cabangnya, al-Hasan dan al-Husein rantingnya. Maka siapa yang bergantung dengan ranting dari ranting-ranting pohon itu, pasti masuk surga.


    3. Nasab ahlu bait tidak terputus di akhirat.


    a. Rasulullah saw bersabda :

    كلّ سبب و نسب وصهر ينقطع يوم القيامة الا سببي و نسبي وصهري


    Semua hubungan asal-usul, nasab dan shihr (kerabat sebab hubungan perkawinan) akan terputus pada hari kiamat kecuali asal-usul, nasab dan shihr-ku.[5]


    b. Thabrani meriwayatkan hadits dari Siti Fathimah ra, bahwasanya Rasulullah menegaskan :


    كل ابن انثى ينتمون الى عصبتهم ال ولد فاطمة فإني انا وليهم وانا عصبتهم وابوهم


    Semua anak yang dilahirkan oleh ibunya bernasab kepada ayah mereka kecuali Fathimah , akulah wali mereka, akulah nasab mereka dan akulah ayah mereka..


    b. Dari Jabir ra, diketengahkan oleh Al-Hakim di dalam ‘Mustadrak’ dan oleh Abu Ya’la di dalam Musnadnya ; bahwasanya Siti Fathimah ra meriwayatkan ayahandanya saw berkata :


    لكلّ بني ادم عصبة الاّ ابني فاطمة , انا وليّهما وعصبتهما


    Semua anak Adam dilahirkan oleh seorang ibu termasuk di dalam suatu Usbah – yakni kelompok dari satu keturunan – kecuali dua orang putera Fathimah. Akulah wali dan ‘usbah mereka berdua.


    4. Hanya ahlu bait yang mendapat gelar ‘Syarif’.


    Istilah syarif yang khusus ditujukan untuk mereka. Jalaluddin al-Suyuthi di dalam kitabnya Risalah al-Zainabiyah mengatakan bahwa pada abad permulaan kata syarif itu ditujukan kepada siapa saja yang termasuk ahlu bait, baik ia dari keturunan Hasan, Husein atau Alawi dari keturunan Muhammad al-Hanafiyah, Ja’far, Aqil maupun Abbas. Oleh karena itulah dalam kitab sejarah karya al-Hafidz al-Dzahabi penuh dengan kalimat-kalimat tersebut, seperti syarif Abbas, Syarif Aqili, syarif Ja’fari, syarif Zainabi. Namun tatkala pemerintahan di Mesir dipegang oleh golongan Fathimiyah, maka kata syarif khusus diperuntukan bagi keturunan Hasan dan Husein saja.

    BalasPadam