Selasa, 2 Julai 2013

APA ITU PARTI ALLAH?

 

APA ITU PARTI ALLAH?

 

APA ITU PARTI ALLAH?

 

 



MANAFAAT BAWANG PUTIH

 

 

MANAFAAT:

 BAWANG PUTIH

Selama ini bawang putih banyak dikenal oleh masyarakat sebagai penyedap untuk masakan, namun dibalik itu ternyata bawang putih menyimpan berbagai manfaat kesihatan yang mungkin tidak kita ketahui sebelumnya.




Sejak puluhan tahun yang lalu banyak orang yang memanfaatkan bawang putih untuk kesihatan dan untuk terapi pengubatan berbagai penyakit, seperti tekanan darah tinggi (hipertensi), kolesterol tinggi (hiperkolesterol), penyakit jantung, serangan jantung, dan penyempitan pembuluh darah (aterosklerosis). Selain itu, bawang putih juga mempunyai manfaat yang baik untuk kecantikan, perawatan kulit serta untuk mengubati jerawat.

Tekanan darah tinggi (hipertensi)

Beberapa penelitian telah menunjukkan bahawa bawang putih dapat menurunkan tekanan darah pada orang dengan hipertensi sebanyak 7% sampai dengan 8%. Namun penggunaanya tidak boleh berlebihan, karena meskipun tekanan darah telah dalam batas normal, bawang putih akan tetap menurunkan tekanan darah yang dapat mengakibatkan hipotensi.

Sebagai Antiseptik Dan Antibiotik Semulajadi
Dalam kedua Perang Dunia bawang putih digunakan sebagai antiseptik untuk mencegah gangrene. Para peneliti mengatakan ada suatu bahan dalam bawang putih yang mempunyai fungsi 100 kali lebih efektif daripada beberapa antibiotik popular untuk memerangi bacteria campylobacter, salah satu penyebab paling umum dari penyakit usus.

Hiperkolesterol
Penelitian telah menunjukkan bahwa mengambil 600 mg bawang putih setiap hari, menurunkan kadar kolesterol di dalam tubuh.

Kesihatan Kulit

Kemampuan Bawang putih untuk melawan infeksi dan bakteri membuatnya menjadi ubat yang efektif untuk kutil dan masalah kulit lainnya.

Peredaran Darah
Bawang putih juga dapat membantu anda meningkatkan peredaran darah dan juga membantu memanjangkan ereksi.

Diabetes

Bawang putih dipercaya dapat membantu diet orang dengan penyakit diabetes dengan cara mengatur kadar gula darah dengan meningkatkan pelepasan insulin pada penderita diabetes.

Ubat Sakit Gigi
Bawang putih mempunyai 2 efek yang sangat berguna untuk orang yang sedang mengalami sakit gigi, iaitu kesan tahan sakit yang membantu mengurangkan rasa ngilu dan efek dari kandungan antibiotik yang dapat menyembuhkan sakit gigi.

Arthritis
Terapi penyakit arthritis yang paling umum adalah penggunaan ubat anti-inflamasi, sejenis ubat yang dapat mengurangi radang pada persendian. Dan perlu anda ketahui, bawang putih juga mempunyai efek yang sama dengan ubat tersebut, iaitu sebagai anti-inflamasi, sehingga boleh digunakan untuk meringankan gejala penyakit arthritis.

Menjaga Kesihatan Kulit dan Mengubati Jerawat.
Jus satu bawang putih, campurkan dengan sedikit cuka makan epal dan minum 2 kali sehari untuk menghilangkan dan mengubati jerawat. Selain itu, jus bawang putih juga membantu menghilangkan bekas jerawat lama serta menghilangkan bekas luka terbakar secara semulajadi.

MOTIVASI : KISAH SEEKOR KUPU KUPU

MOTIVASI : 

KISAH SEEKOR KUPU KUPU

Seorang lelaki telah menemui kepompong kupu-kupu di tengah jalan. Ada lubang kecil pada kepompong itu. Dia duduk mengamati lubang itu dan melihat ada kupu-kupu cuba berjuang untuk membebaskan diri melalui lubang kecil itu.


Kemudian kupu-kupu itu berhenti mencuba. Ia kelihatan telah berusaha sedaya upaya dan kini tidak mampu untuk melakukan lebih jauh lagi. Akhirnya lelaki tersebut mengambil keputusan untuk membantu kupu-kupu tersebut. Dia mengambil gunting dan memotong sisa kekangan dari kepompong itu.


Kupu-kupu tersebut keluar dengan mudahnya. Namun, dia mempunyai tubuh gembung dan kecil, sayap-sayapnya berkeriut. Lelaki tersebut terus mengamatinya sambil berharap sayap-sayap itu akan mekar dan melebar sehingga mampu menampung tubuh kupu-kupu itu, yang mungkin akan berkembang seiring dengan berjalannya waktu. Namun, harapannya hanya tinggal harapan.

Hakikatnya, kupu-kupu itu terpaksa menghabiskan sisa hidupnya merangkak di sekitarnya dengan tubuh gembung dan sayap-sayap berkeriut dan tidak sempurna. Dia tidak pernah mampu terbang.

Lelaki yang membantu kupu-kupu tersebut tidak mengerti bahawa kupu-kupu tersebut perlu berjuang dengan daya usahanya sendiri untuk membebaskan diri dari kepompongnya. Lubang kecil yang perlu dilalui kupu-kupu tersebut akan memaksa cairan dari tubuh kupu-kupu itu ke dalam sayap-sayapnya sehingga dia akan siap terbang dan memperoleh kebebasan dari kepompong tersebut.

Kadang-kadang perjuangan adalah suatu yang kita perlukan dalam hidup kita. Jika Tuhan membiarkan kita hidup tanpa ranjau dan perjuangan, kita mungkin akan jadi lemah dan tak tahan ujian. Kita mungkin tidak kuat untuk menghadapi rintangan bagi mencapai cita-cita dan harapan yang kita idamkan.Kita mungkin tidak akan pernah dapat 'terbang' jauh.




Sesungguhnya Tuhan itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Kita memohon kekuatan dan keteguhan hati...Dan Tuhan memberi kita dugaan dan ujian untuk membuat kita kuat dan cekal..

Kita memohon kebijaksanaan...Dan Tuhan memberi kita berbagai persoalan hidup untuk diselesaikan agar kita bertambah bijaksana dan matang.

Kita memohon kemakmuran...Dan Tuhan memberi kita akal dan tenaga untuk dipergunakan sepenuhnya bagi mencapai kemakmuran.

Kita memohon cinta...Dan Tuhan memberi kita orang-orang bermasalah untukdiselamatkan dan dicintai.

Kita memohon kemurahan rezeki dan kebaikan hati...Dan Tuhan memberi kita kesempatan-kesempatan yang silih berganti.




Begitulah cara Tuhan membimbing Kita...Adakah jika saya tidak memperoleh apa yang saya idamkan, bererti bahawa saya tidak mendapatkan segala yang saya inginkan ?Kadang-kadang Tuhan tidak memberikan apa yang kita minta, tapi dengan pasti Tuhan memberikan yang terbaik untuk kita, kebanyakan kita tidak dapat melihat hikmah disebaliknya, bahkan tidak mahu menerima rencana Tuhan, padahal itulah yang terbaik untuk kita.

MALAYSIA TAPAK KEBANGKITAN ISLAM KEDUA ?

 

 

MALAYSIA TAPAK KEBANGKITAN ISLAM KEDUA?

Apa yang diperbentangkan dalam artikel ini, saya tidak minta untuk percaya seratus peratus, namun segalanya berkemungkinan..saya hanya menyampaikan apa yang perlu disampaikan...tanpa mengira kita berada di pihak mana...

Alkisahnya,


Kita kena ingat sebenarnya, Insaniah manusialah yang akan membentuk negara Islam. Apalah ertinya jika berlaku seperti di Mesir sekarang, sudah mendapat kuasa namun insaniahnya tiada. Pergaduhan berlaku dari peringkat atasan hingga rakyat jelata. Di mana indahnya Islam kalau begitu sekali perjuangannya?

Pada saat ini situasi dunia Islam umumnya sedang kacau-bilau dan huru-hara, rakyat sudah tak percaya lagi dengan pemimpinnya. Keamanan jelas sudah tiada. Perkara seperti ini sedang berlaku di negara-negara umat Islam khususnya di Timur Tengah. Ini menandakan kedatangan pemimpin yang ditunggu-tunggu sudah terlalu dekat.

Golongan Politik di Malaysia sudah gagal dan tidak mampu. Sekali lagi diingatkan, Pilihanraya Umum ke 13 ini mungkin takkan berlaku seperti yang diharapkan. Ia takkan berlaku, kalau terjadi juga kerajaan terpaksa hadapi risiko yang sangat besar!


Begitu juga kepada mereka yang perjuangkan Islam melalui politik, sila ambil pengajaran daripada peristiwa yang sedang berlaku di Timur Tengah. Apalah ertinya menguasai negara yang masyarakatnya belum diikat hatinya dengan pemimpin mereka dan satu sama lain. Insaniah ini bukan boleh disorak-sorakkan, bukan boleh disogok. Nak melahirkan masyarakat yang bekerjasama, sama kefahaman, keselarasan, mengambil masa untuk mendidik mereka. Lebih-lebih lagilah untuk dibawa kepada Islam.



Apapun, Islam akam menang dan terus menang. Hijrah 1434 tidak memberi mata kepada Yahudi dan sangat merugikan mereka. Apa-apa perancangan musuh-musuh ini sekarang akan menguntungkan Islam! Sesungguhnya ia akan membuatkan boneka-boneka Yahudi di seluruh dunia panik. Datuk Sri Anwar Ibrahim, buat apa pun tidak menjadi, malah makin jauh daripada sasaran yang dia harapkan. Ada golongan yang mengharapkan revolusi di Malaysia akan menjadi seperti di Mesir, nampaknya tak berlaku.

Rakyat Malaysia yang telah mendapat sentuhan Islam yang sebenar, hati-hati mereka tidak menerima cara kekerasan dan kotor ini. Sekejap-sekejap bolehlah, nak sampai seminggu berkumpul di Stadium Merdeka, itu bukanlah ciri-ciri rakyat Islam Malaysia.





Yahudi nampaknya kecewa dengan ayam sabungnya yang sudah cukup terlatih ini. Malaysia tapak kebangkitan Islam kali ke dua. Jadual Tuhan sedang menuju ke destinasinya, iaitu mengarahkan Malaysia bersamanya. Masyarakat dunia sedar atau tidak, Malaysia akan jadi Negara Islam dan tapak empayar Islam.



Isnin, 1 Julai 2013

MADINAH KEDUA GENERASI HARAPAN

 

 

NEGARA MALAYSIA TAPAK EMPAYAR ISLAM KEDUA



Malaysia sebelum merdeka, sebenarnya British mahu serahkan kepada bangsa Cina. Sepertilah yang mereka lakukan di Palestin, diserahkan kepada Yahudi. Tetapi itu tidak berlaku di Malaysia, kerana ketika hendak diserahkan kepada Cina, mereka (Cina) berpihak kepada komunis. Ini bererti mereka akan menentang British. Apa yang dirancang tidak menjadi. Faktornya ialah kerana Malaysia dijanjikan untuk tapak Empayar Islam kali kedua di akhir zaman. Mahu tidak mahu, kuasa diserahkan kepada Melayu.
Malaysia walaupun negara yang kecil tapi diberi kepercayaan menerajui OIC. Banyak negara-negara ummat Islam termasuk di Timur Tengah merujuk perlaksanaan Islam di Malaysia kerana ada modelnya. Abuyalah pencetus model Islam di Malaysia. Ini sejarah, tiada siapa yang boleh menutupnya. Ketika wanita-wanita malu menutup aurat, Abuyalah yang membawa fesyen menutup aurat. Abuya jugalah pencetus produk-produk makanan halal, hiburan-hiburan Islam, bahan bacaan Islam dan lain lain model, dalam kehidupan Islam.
Boleh kita katakan, Abuya telah mencetus Islamic Town sedangkan sebelum ini, Malaysia hanya ada China Town. Sesiapa pun tak boleh menafikan. Ia telah menjadi sejarah pembangunan negara Malaysia. Abuya jika pergi ke mana-mana negara, akan mencetuskan model Islam ini dan ianya dapat diterima oleh masyarakat setempat di negara-negara yang Abuya telah pergi. Sekarang Abuya bertapak di Haramain, dengan konsep yang sama iaitu membangunkan model Bandar Islam Malaysia. Masyarakat setempat sangat menerima dan mendapat sokongan rakyat tempatan.
Apa bangsa sekalipun, jika mahu menjadi Empayar atas nama Islam, mesti menjadikan Haramain sebagai pusat pentadbiran mereka. Maka Abuya telah berjaya melakukannya. Jelaslah bahawa Melayu atas nama Islam akan menjadi Empayar. Menurut sejarah, semua bangsa pernah menjadi empayar atas nama Islam kecuali Melayu. Kini tibalah giliran bangsa Melayu baru ini, akan menjadi Empayar Islam kali kedua. Jadi tidak hairanlah jika kepimpinannya datang dari bangsa Melayu iaitu Pemuda Bani Tamim dan Imam Mahdi.

JADUAL TUHAN BERITA GEMBIRA










 


UNDANG-UNDANG : ANTARA KUASA DAN PENGUATKUASAAN (JANJI TUHAN PASTI)





JANJI TUHAN PASTI BY GENERASI HARAPAN

 



Janji Oh Tuhan Oh pasti
Dunia islam tidak lama lagi kembali terang
setelah lama menempuh zaman gelap
Cahayanya terang bak bulan purnama mengambang
Ia bermula diawal kurun hijrah yang gemilang

Janji Tuhan kegemilangan itu bermula dari timur
Dibangun oleh ikhwan dan asoib yang berjuang
Mereka tidak berperang tapi membawa kasih sayang
mereka tidak militan tapi model yang menggembirakan

Akhirnya timurkan menjadi empayar melalui islam
Seluruh bangsa dan agama
Sanggup bernaung dibawahnya
Kerna membawa perpaduan dan juga kasih sayang
khususnya orang melayu
Menjadi empayar yang gemilang

Allahurabbuna Allah2 Allahughoyatuna Allahuakhbar2 Arrasul saiyiduna Allah2 arrasul zaiemuna Allahuakhbar2 alquranu imammuna warasuluna al-ajtihadu jamatil muslimina amaluna aljihad fisabilillah hisabiluna almautu fisabilillahiamaluna

Marilah kita berjuang menagih janji dari Tuhan
Marilah kita menjadi pembangun ini adalah peluang
Pahalanya besar walaupun risikonya tinggi kemenangan pasti terjadi ini adalah janji

Kalau kita tidak sambut
Tuhan ganti orang lain
Janji itu pasti Tuhan akan tunaikan
Tuhan datangkan tenaga yang lain akan perjuangkan
kan lebih baik kita berjuang
agar janji itu kita buktikan

Kita buktikan....
Akhirnya timurkan menjadi empayar melalui islam
Seluruh bangsa dan agama
Sanggup bernaung dibawahnya
Kerana membawa perpaduan dan juga kasih sayang
khusus orang melayu
Menjadi empayar yang gemilang

Allahurabbuna Allah2 Allahughoyatuna Allahuakhbar2 Arrasul saiyiduna Allah2 arrasul zaiemuna Allahuakhbar2 alquranu imammuna warasuluna al-ajtihadu jamatil muslimina amaluna aljihad fisabilillah hisabiluna almautu fisabilillahiamaluna







UNDANG-UNDANG : ANTARA KUASA DAN PENGUATKUASAAN

Seringkali kedapatan hari ini, kita menyebut tentang perlunya "enforcement" atau penguatkuasaan undang-undang. Namun begitu, seakan semua orang merasa letih kerana seringkali juga usaha itu menemui jalan buntu kerana undang-undang tetap tidak dipatuhi dan tidak menjadi satu wadah yang mampu menangani masalah yang berlaku. Malah kadang-kadang undang-undang juga dijadikan bahan untuk menghura-harakan masyarakat dan perundangan serta perlembagaan negara.Kita semua tahu, jika undang-undang dan peraturan mahu benar-benar dapat diterima dan dipatuhi oleh masyarakat umum, ia mesti dilaksanakan oleh pemerintah, parlimen dan parti pemerintah yang berwibawa. Ciri ini penting dalam proses penegakan undang-undang. Di zaman salafussoleh, pengisytiharan perlaksanaan undang-undang (syariat Islam) tidak mendapat tentangan dari pihak mana pun sekalipun dari orang kafir. Bahkan diterima dengan senang hati. Kerana waktu itu pemerintah disegani dan dikagumi oleh kawan mahupun lawan. Apa sahaja yang mereka lakukan dianggap bagus dan mendapat sokongan. Macamlah negara-negara maju hari ini, yang negara lain sudah melutut padanya.Maka apa saja kata-kata dan tindakannya tidak ada yang mahu dan berani menentang. Bahkan menghormati dan malu padanya. Faktor penting yang menjadikan pemerintah begitu berwibawa waktu itu ialah taqwa. Taqwalah yang membuatkan mereka sangat disegani oleh manusia
.Di samping itu taqwa juga menjadi sebab datangnya pertolongan Allah pada mereka. Parti dan pemerintah yang terdiri dari Presiden atau Perdana Menteri serta pembantu pembantunya, menteri-menteri, jabatan kehakiman, polis, tentera, gabenor, anggota parlimen, ADUN, dan seluruh anggota parti yang bercita-cita Islam dan mahu melaksanakan undang-undang atau syariat Islam serta simpati-simpati dan tokoh-tokoh parti, hendaklah terdiri dari orang-orang yang bertaqwa.Di antara ciri-ciri taqwa adalah seperti berikut
:a. Ibadah fardhu dan sunatnya rapi, cantik dan banyak
.b. Akhlak mereka baik sehingga dapat menawan hati orang lain seperti pemurah, tawadhuk, pemaaf, penyayang, bertolak ansur, mudah menolong, menghormati tetamu dan lain-lain lagi.
c. Ukhuwah dan kasih sayang di antara mereka begitu erat dan kukuh.
d. Undang-undang Allah sangat mereka jaga, lebih dari rakyat jelata sehingga peribadi mereka menjadi contoh. Mereka sangat menjauhi larangan Allah yang haram dan makruh
.e. Memerintah dengan adil dan kasih sayang sekalipun terhadap pembangkang dan orang kafir kerana mereka takutkan Tuhan.
f. Mereka hidup zuhud, tidak mengambil kekayaan negara untuk kepentingan peribadi. Bahkan harta mereka sendiri dikorbankan untuk kepentingan rakyat dan negara tanpa mengira dari parti dan golongan mana. Mereka hidup tanpa bersandar pada mana-mana pihak
.g. Sangat memberi layanan kepada seluruh rakyat dan menyelesaikan masalah kehidupan rakyat, pengikut, penyokong-penyokong, malah pembangkang sekalipun.
h. Jemaah atau parti mereka gagah dan menjadi model atau bayangan kepada negara yang mereka perintah
.i. Usaha-usaha mereka `menjadi' yakni mendapat kejayaan, dan musuh-musuh tidak dapat melemahkan mereka. Kerana adanya pertolongan Allah secara nyata atau ghaib.Dengan ciri-ciri ini, pemerintah dan partinya sangat diyakini oleh rakyat sama ada yang Islam mahupun bukan Islam. Sebaliknya, tanpa wibawa yang meyakinkan, orang akan ragu dengan pemerintah. Cakap dan tindakannya disusah-susahkan dan ditentang. Bahkan mereka dianggap memerintah kerana mempunyai kepentingan dan bukannya betul-betul mahu menegakkan keadilan dan kesejahteraan rakyat. Dan pertolongan Allah tidak akan datang kerana mereka tidak bertaqwa.Sedangkan pertolongan Allah itu amat penting. Ia menentukan berhasil tidaknya perjuangan kita serta nasib kita terhadap musuh. 
Saksikanlah betapa pentingnya sifat-sifat taqwa itu diusahakan demi memperolehi kejayaan dalam hidup di dunia dan Akhirat. Ia adalah rahsia kekuatan umat Islam yang tidak akan dapat ditandingi oleh penentang-penentang kebenaran. Saya berseru kepada semua pejuang kebenaran walau di mana dan dalam harakah apa pun mereka berada supaya ambil perhatian berat tentang taqwa ini. Ia adalah penentu kepada kejayaan perjuangan kita dalam mewujudkan masyarakat madani yang aman, damai, makmur dan mendapat keredhaan Allah.
Demikianlah langkah-langkah penegakan undang-undang dan mewujudkan masyarakat islam yang sudah pernah wujud di zaman Rasulullah SAW dan para Sahabat. Marilah kita bersungguh-sungguh mewujudkannya kembali di zaman kita ini. Rasulullah telah bersabda bahawa sebelum Qiamat, Islam akan kembali gemilang dan akan wujud sekali lagi masyarakat islam di muka bumi ini yang akan bermula dari Timur iaitu dari bumi Nusantara. Moga-moga kita turut serta berperanan dalam mewujudkannya


Sekian.