Isnin, 1 Julai 2013

MADINAH KEDUA GENERASI HARAPAN

 

 

NEGARA MALAYSIA TAPAK EMPAYAR ISLAM KEDUA



Malaysia sebelum merdeka, sebenarnya British mahu serahkan kepada bangsa Cina. Sepertilah yang mereka lakukan di Palestin, diserahkan kepada Yahudi. Tetapi itu tidak berlaku di Malaysia, kerana ketika hendak diserahkan kepada Cina, mereka (Cina) berpihak kepada komunis. Ini bererti mereka akan menentang British. Apa yang dirancang tidak menjadi. Faktornya ialah kerana Malaysia dijanjikan untuk tapak Empayar Islam kali kedua di akhir zaman. Mahu tidak mahu, kuasa diserahkan kepada Melayu.
Malaysia walaupun negara yang kecil tapi diberi kepercayaan menerajui OIC. Banyak negara-negara ummat Islam termasuk di Timur Tengah merujuk perlaksanaan Islam di Malaysia kerana ada modelnya. Abuyalah pencetus model Islam di Malaysia. Ini sejarah, tiada siapa yang boleh menutupnya. Ketika wanita-wanita malu menutup aurat, Abuyalah yang membawa fesyen menutup aurat. Abuya jugalah pencetus produk-produk makanan halal, hiburan-hiburan Islam, bahan bacaan Islam dan lain lain model, dalam kehidupan Islam.
Boleh kita katakan, Abuya telah mencetus Islamic Town sedangkan sebelum ini, Malaysia hanya ada China Town. Sesiapa pun tak boleh menafikan. Ia telah menjadi sejarah pembangunan negara Malaysia. Abuya jika pergi ke mana-mana negara, akan mencetuskan model Islam ini dan ianya dapat diterima oleh masyarakat setempat di negara-negara yang Abuya telah pergi. Sekarang Abuya bertapak di Haramain, dengan konsep yang sama iaitu membangunkan model Bandar Islam Malaysia. Masyarakat setempat sangat menerima dan mendapat sokongan rakyat tempatan.
Apa bangsa sekalipun, jika mahu menjadi Empayar atas nama Islam, mesti menjadikan Haramain sebagai pusat pentadbiran mereka. Maka Abuya telah berjaya melakukannya. Jelaslah bahawa Melayu atas nama Islam akan menjadi Empayar. Menurut sejarah, semua bangsa pernah menjadi empayar atas nama Islam kecuali Melayu. Kini tibalah giliran bangsa Melayu baru ini, akan menjadi Empayar Islam kali kedua. Jadi tidak hairanlah jika kepimpinannya datang dari bangsa Melayu iaitu Pemuda Bani Tamim dan Imam Mahdi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan