Isnin, 1 Julai 2013

UNDANG-UNDANG : ANTARA KUASA DAN PENGUATKUASAAN (JANJI TUHAN PASTI)





JANJI TUHAN PASTI BY GENERASI HARAPAN

 



Janji Oh Tuhan Oh pasti
Dunia islam tidak lama lagi kembali terang
setelah lama menempuh zaman gelap
Cahayanya terang bak bulan purnama mengambang
Ia bermula diawal kurun hijrah yang gemilang

Janji Tuhan kegemilangan itu bermula dari timur
Dibangun oleh ikhwan dan asoib yang berjuang
Mereka tidak berperang tapi membawa kasih sayang
mereka tidak militan tapi model yang menggembirakan

Akhirnya timurkan menjadi empayar melalui islam
Seluruh bangsa dan agama
Sanggup bernaung dibawahnya
Kerna membawa perpaduan dan juga kasih sayang
khususnya orang melayu
Menjadi empayar yang gemilang

Allahurabbuna Allah2 Allahughoyatuna Allahuakhbar2 Arrasul saiyiduna Allah2 arrasul zaiemuna Allahuakhbar2 alquranu imammuna warasuluna al-ajtihadu jamatil muslimina amaluna aljihad fisabilillah hisabiluna almautu fisabilillahiamaluna

Marilah kita berjuang menagih janji dari Tuhan
Marilah kita menjadi pembangun ini adalah peluang
Pahalanya besar walaupun risikonya tinggi kemenangan pasti terjadi ini adalah janji

Kalau kita tidak sambut
Tuhan ganti orang lain
Janji itu pasti Tuhan akan tunaikan
Tuhan datangkan tenaga yang lain akan perjuangkan
kan lebih baik kita berjuang
agar janji itu kita buktikan

Kita buktikan....
Akhirnya timurkan menjadi empayar melalui islam
Seluruh bangsa dan agama
Sanggup bernaung dibawahnya
Kerana membawa perpaduan dan juga kasih sayang
khusus orang melayu
Menjadi empayar yang gemilang

Allahurabbuna Allah2 Allahughoyatuna Allahuakhbar2 Arrasul saiyiduna Allah2 arrasul zaiemuna Allahuakhbar2 alquranu imammuna warasuluna al-ajtihadu jamatil muslimina amaluna aljihad fisabilillah hisabiluna almautu fisabilillahiamaluna







UNDANG-UNDANG : ANTARA KUASA DAN PENGUATKUASAAN

Seringkali kedapatan hari ini, kita menyebut tentang perlunya "enforcement" atau penguatkuasaan undang-undang. Namun begitu, seakan semua orang merasa letih kerana seringkali juga usaha itu menemui jalan buntu kerana undang-undang tetap tidak dipatuhi dan tidak menjadi satu wadah yang mampu menangani masalah yang berlaku. Malah kadang-kadang undang-undang juga dijadikan bahan untuk menghura-harakan masyarakat dan perundangan serta perlembagaan negara.Kita semua tahu, jika undang-undang dan peraturan mahu benar-benar dapat diterima dan dipatuhi oleh masyarakat umum, ia mesti dilaksanakan oleh pemerintah, parlimen dan parti pemerintah yang berwibawa. Ciri ini penting dalam proses penegakan undang-undang. Di zaman salafussoleh, pengisytiharan perlaksanaan undang-undang (syariat Islam) tidak mendapat tentangan dari pihak mana pun sekalipun dari orang kafir. Bahkan diterima dengan senang hati. Kerana waktu itu pemerintah disegani dan dikagumi oleh kawan mahupun lawan. Apa sahaja yang mereka lakukan dianggap bagus dan mendapat sokongan. Macamlah negara-negara maju hari ini, yang negara lain sudah melutut padanya.Maka apa saja kata-kata dan tindakannya tidak ada yang mahu dan berani menentang. Bahkan menghormati dan malu padanya. Faktor penting yang menjadikan pemerintah begitu berwibawa waktu itu ialah taqwa. Taqwalah yang membuatkan mereka sangat disegani oleh manusia
.Di samping itu taqwa juga menjadi sebab datangnya pertolongan Allah pada mereka. Parti dan pemerintah yang terdiri dari Presiden atau Perdana Menteri serta pembantu pembantunya, menteri-menteri, jabatan kehakiman, polis, tentera, gabenor, anggota parlimen, ADUN, dan seluruh anggota parti yang bercita-cita Islam dan mahu melaksanakan undang-undang atau syariat Islam serta simpati-simpati dan tokoh-tokoh parti, hendaklah terdiri dari orang-orang yang bertaqwa.Di antara ciri-ciri taqwa adalah seperti berikut
:a. Ibadah fardhu dan sunatnya rapi, cantik dan banyak
.b. Akhlak mereka baik sehingga dapat menawan hati orang lain seperti pemurah, tawadhuk, pemaaf, penyayang, bertolak ansur, mudah menolong, menghormati tetamu dan lain-lain lagi.
c. Ukhuwah dan kasih sayang di antara mereka begitu erat dan kukuh.
d. Undang-undang Allah sangat mereka jaga, lebih dari rakyat jelata sehingga peribadi mereka menjadi contoh. Mereka sangat menjauhi larangan Allah yang haram dan makruh
.e. Memerintah dengan adil dan kasih sayang sekalipun terhadap pembangkang dan orang kafir kerana mereka takutkan Tuhan.
f. Mereka hidup zuhud, tidak mengambil kekayaan negara untuk kepentingan peribadi. Bahkan harta mereka sendiri dikorbankan untuk kepentingan rakyat dan negara tanpa mengira dari parti dan golongan mana. Mereka hidup tanpa bersandar pada mana-mana pihak
.g. Sangat memberi layanan kepada seluruh rakyat dan menyelesaikan masalah kehidupan rakyat, pengikut, penyokong-penyokong, malah pembangkang sekalipun.
h. Jemaah atau parti mereka gagah dan menjadi model atau bayangan kepada negara yang mereka perintah
.i. Usaha-usaha mereka `menjadi' yakni mendapat kejayaan, dan musuh-musuh tidak dapat melemahkan mereka. Kerana adanya pertolongan Allah secara nyata atau ghaib.Dengan ciri-ciri ini, pemerintah dan partinya sangat diyakini oleh rakyat sama ada yang Islam mahupun bukan Islam. Sebaliknya, tanpa wibawa yang meyakinkan, orang akan ragu dengan pemerintah. Cakap dan tindakannya disusah-susahkan dan ditentang. Bahkan mereka dianggap memerintah kerana mempunyai kepentingan dan bukannya betul-betul mahu menegakkan keadilan dan kesejahteraan rakyat. Dan pertolongan Allah tidak akan datang kerana mereka tidak bertaqwa.Sedangkan pertolongan Allah itu amat penting. Ia menentukan berhasil tidaknya perjuangan kita serta nasib kita terhadap musuh. 
Saksikanlah betapa pentingnya sifat-sifat taqwa itu diusahakan demi memperolehi kejayaan dalam hidup di dunia dan Akhirat. Ia adalah rahsia kekuatan umat Islam yang tidak akan dapat ditandingi oleh penentang-penentang kebenaran. Saya berseru kepada semua pejuang kebenaran walau di mana dan dalam harakah apa pun mereka berada supaya ambil perhatian berat tentang taqwa ini. Ia adalah penentu kepada kejayaan perjuangan kita dalam mewujudkan masyarakat madani yang aman, damai, makmur dan mendapat keredhaan Allah.
Demikianlah langkah-langkah penegakan undang-undang dan mewujudkan masyarakat islam yang sudah pernah wujud di zaman Rasulullah SAW dan para Sahabat. Marilah kita bersungguh-sungguh mewujudkannya kembali di zaman kita ini. Rasulullah telah bersabda bahawa sebelum Qiamat, Islam akan kembali gemilang dan akan wujud sekali lagi masyarakat islam di muka bumi ini yang akan bermula dari Timur iaitu dari bumi Nusantara. Moga-moga kita turut serta berperanan dalam mewujudkannya


Sekian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan