Jumaat, 3 Mei 2013

Khaulah At Tamimi





1 Mei ini.. 1 Mei ini tiada kata-kata yang selayaknya mampu untuk diucapkan kepada seorang yang terlalu besar jasanya untuk dunia akhiratku.. 1 Mei ini ku pinta dari Tuhanku untuk aku segera dikembalikan kehambaanku untuk ku hadiahkan kepadanya yang mengharapkan itu dari semua yang mengasihinya.. 1 Mei ini ku imbas kembali semua kesalahanku padanya sejak aku dilahirkan hinggalah kini sebagai hukuman dan ingatan kepada diri agar segera memecut untuk sempurnakan rasa-rasaku kepada Tuhan kerana hanya itulah saja pintanya dariku.. 1 Mei ini apalah yang dapat aku berikan padanya kerana adakah yang boleh membalasi pemberian akhirat itu? 1 Mei ini ku pandang wajah bersihnya didekat hamparan selimutku dan terus berdoa moga Tuhan membantu dan melindunginya dari sebarang kejahatan dan musuh.. 1 Mei ini aku belajar darinya bahawa ulangtahun itu harusnya disambut dengan membesarkan Tuhan yang telah memberikan kebesaran kepada kita.. 1 Mei ini ku panjatkan kesyukuran kepada Tuhanku kerana telah 'melahirkannya' untukku dan kemudiannya untuk dia melahirkanku.. 1 Mei ini buat ibuku Bonda Khadijah yang telah menyinari dunia akhirat tidak saja kepada 39 anaknya bahkan kepada ribuan lagi anak yang tidak dilahirkannya.. Maha besar Tuhan.. Tolong jadikan kami disetiap ulangtahun yang dirai agar dapat membesarkan Tuhan lebih dari diri sendiri.. Selamat ulangtahun buat Bondaku Ummu Jah. Moga panjang umurmu. Moga tinggi darjatmu disisi TuhanMu..  Khaulahattamim

Tiada ulasan:

Catat Ulasan