Isnin, 27 April 2009

POLITIK

POLITIK YANG DI SALAHERTIKAN
Ramai sekali orang politik yang tidak berpolitik. Mereka ini mendapat untung dari jawatannya tetapi sedikit sekali mem­beri keuntungan kepada negara dan rakyat. Setengah-se­tengah mereka pula bukan saja tidak menguntungkan negara tetapi merugikan dan buat masalah yang besar-besar pada negara. Mereka menggugat perpaduan dan kasih sayang an­tara rakyat. Golongan ini bukan sahaja orang politik yang tidak berpolitik tetapi suka saya istilahkan sebagai orang po­litik yang jadi perosak dan pengacau negara. Tetapi malang sekali rakyat seperti tidak sedar atas penipuan dan kesalahan ini. Rakyat terus digula-gulakan untuk terus mengangkat atau mengundi orang-orang yang berpura-pura itu sebagai ketua atau pemimpin mereka. Hingga begitu sekali dunia politik ini dikotori dan disalahgunakan dengan menjual nama Islam. Islam tidak menyuruh kita berpolitik kotor seperti itu. Islam sangat menjaga kasih sayang. Kasih sayang itu kepunyaan sejagat atau kepunyaan bersama. Semua bangsa, semua etnik, semua fahaman agama memerlukannya .Sebaliknya terdapat pula golongan manusia yang sibuk membangun dan merancang bermacam-macam projek dan aktiviti seperti membangunkan kompleks pendidikan, eko­nomi, hospital dan klinik, kilang-kilang dan kedai perniagaan, media massa, perkampungan, pejabat, aktiviti ternakan, per­tanian, dakwah, kepimpinan, kebajikan dan lain-lain lagi hing­ga tercetusnya satu sistem masyarakat. Bahkan mereka bagai­kan sebuah kerajaan. Namun mereka diselar sebagai golongan tidak berpolitik. Mereka dikatakan tidak berjuang dan ber­salah kerana menafikan satu aspek penting dalam Islam iaitu politik. Padahal mereka itulah orang politik yang sebenarnya. Walaupun sudah begitu gah dan masyhur perihal pem­bangunan masyarakat dan khidmat-khidmat yang mereka sumbangkan, namun mereka tetap dikatakan bukan golongan politik. Walau sudah jelas kemampuan kepimpinan mereka, pun tetap masih dituduh tidak berpolitik hanya kerana mereka tidak masuk parti politik. Seolah-olah seorang yang dilihat menyangkul, menanam, menjaga dan memetik hasil tanaman, kemudian dia dituduh bukan petani kerana dia tidak masuk institusi pertanian dan tidak ada sijil pertanian. Munasabah­kah?Begitu sekali tertutupnya fikiran dan mata hati manusia dalam melihat erti politik yang sebenar. Ini adalah kerana kesilapan cara menilai yang sudah dipaksakan atas mereka sekian lama. Mereka hanya difahamkan tentang politik se­kular Barat. Rakyat patut sedar termasuk orang Islam sendiri yang bersikap sedemikian itu bahawa sebenarnya mereka yakni golongan yang disebut di atas itulah orang-orang politik. Wa­laupun pasti golongan mereka tidak didaftarkan sebagai parti politik tetapi hakikatnya merekalah orang politik yang sebenar yang tidak ada parti. Mereka menempuh satu kaedah politik atau satu sistem politik yang berbeza dengan politik Barat. Inilah definisi dan pendekatan politik yang lebih tepat dan bijak. Dan masyarakat perlu diputar fikiran mereka untuk melihat kebenaran ini. Supaya kita tidak selamanya tertipu oleh Barat dan Yahudi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan