Isnin, 27 April 2009

FITRAH

HIBURAN ITU FITRAH
Inginkan hiburan adalah fitrah semulajadi manusiaKerana ia adalah makanan batin manusia untuk kebahagiaannyaTidak ada hiburan batin manusia kelaparan dan terasa kekosonganTidak ada hiburan jangka panjang amatlah bahayanyaTapi kalau salah cara berhibur ia lebih lagi merbahayaBoleh rosak jiwa, buahnya merosakkan pula akhlak diri dan manusia lainnyaJika rosak akhlak ia pula rosak merosakkan pula sesama manusiaKalau sudah rosak merosakkan akhlak masyarakat manusia akan jadi huru-haraOleh itu berhati-hatilah mencari hiburan agar kehidupan manusia dapat dijaga dengan mulianyaKalau tidak manusia yang akan menerima padahnyaHiburan ertinya hendak mencari kepuasan batin manusiaSamada kepuasan akal, kepuasan nafsu mahupun kepuasan roh atau jiwanyaTuhan hanya membenarkan mencari kepuasan akal dan kepuasan jiwanyaKepuasan nafsu walaupun ia hiburan tapi diharamkan kerana bahayanyaKecuali hiburan nafsu didisiplinkan oleh syariat Tuhan di dalam kehidupannyaHiburan akal adalah mencari ilmu melalui membaca, menyelidik dan lain-lainnyaSamada ilmu yang wajib mahupun ilmu yang sunat, yang diharuskan dibolehkan jugaBerhibur dengan ilmu boleh jemu dan boleh meletihkan akal manusiaHiburannya yang berterusan selepas ada ilmu ia boleh menjadi panduan di dalam kehidupanPanduan itu adalah juga hiburan di dalam kehidupan manusiaKerana ia boleh menyenangkan kita di dalam berusaha dan tindakan bekerjaHiburan menurut akal walaupun termasuk kepuasan batin manusiaTapi ia masih belum dikatakan hiburan yang hakiki mengikut Tuhan penciptaHiburan cara akal walaupun dibolehkanHiburan akal tidak mampu membendung hati daripada mendapat ujian dan kesusahan di dalam kehidupanKalau ada bala berat yang menimpa, cita-cita yang gagal, mendapat kesusahan selalu sahaja jiwa deritaDia akan gelisah, kecewa mungkin putus asaTidak hairanlah orang yang banyak ilmu,bijak dan pandai sakit jiwaBahkan ada juga di kalangan mereka membunuh diri kerana kecewaHiburan mengikut nafsu ia adalah diharamkan kecuali yang disyariatkanKerana bahayanya dahsyat di dalam kehidupan insanAkhlak manusia rosak masyarakat manusia huru-hara menggugat keamananHiburan nafsu amatlah banyaknyaSeperti melihat perempuan atau gambarnya terutama yang terdedah auratnyaPakaian yang menjolok mata yang merangsang nafsu manusiaMelihat filem-filem lucah yang memberangsang nafsu merosakkan jiwaMenonton tarian gelek, daripada perempuan-perempuan yang menggoyangkan badannyaSemuanya itu boleh menyuburkan nafsu jahat yang membawa perzinaan dan perogolanYang merosakkan keturunan, merosakkan rumahtangga dan membawa pergaduhanHiburan mengikut nafsu pada hakikatnya bukan hiburanDi dalam hiburannya ada racun kepada jiwa manusiaKerana ia membawa kerisauan, membawa angan-angan, fikiran kacau tidak keruanMembawa fikiran tidak tenang selagi kemahuan tidak ditunaikannyaAkhirnya tidak dapat cara halal dilakukan secara haram yang dilaknat TuhanIa membawa pula cemburu-mencemburui, benci-membenci, hasad dengki, rebut-merebutkan akhirnya buahnya adalah perbalahan dan pergaduhan kemuncaknya pembunuhanHiburan mengikut nafsu itulah yang telah memusnahkan kehidupan di duniaBerbagai-bagai gejala masyarakat berlaku kerananyaHilang keamanan, hilang ketenangan yang ada kebimbangan dan ketakutanNegara susah rakyat parah, tergugat keselamatanTermasuk juga hiburan nafsu melihat atau mendengar lawak jenaka yang keterlaluanMelihat atau mendengar ahli-ahli lawak bercakap tidak keruangelak ketawa terbaha-bahak yang memalukanBercakap terlolong-lolong adakalanya perkataan mencarut tanpa segan silunya diucapkanPelawak-pelawak jiwanya akan mati dan mematikan jiwa para pendengarnya atau ‘client’nyaJiwa yang mati lupa Tuhan, jiwa yang mati lupakan mati,jiwa yang mati lupa Hari PembalasanJiwa yang mati ia selalu lalai dengan TuhannyaLalai adalah dibenci TuhanHiburan yang hakiki adalah hiburan jiwa atau hatiHiburan hati sebenarnya banyak sudut dan banyak bidangnya kalau diperhatiMembaca Al Quran atau mendengar bacaannya yang dihayati menembusi lubuk hati adalah salah satu caranyaMengingati Tuhan hingga terasa kasih sayang-Nya, terasa kebesaran-Nya, terasa kuasa-NyaItu semuanya boleh membawa ketenangan jiwaKetenangan jiwa adalah hiburanTakutkan Tuhan sebenarnya ada perkara yang tersirat iaitu hiburanTakutkan Tuhan menjadikan tidak takut dengan kesusahan kehidupanTidak takut dengan kesusahan dan cabaran kehidupan di situ ada hiburanTidak takut selain Tuhan itu adalah hiburan kalau difikirkanKetakutan selain Tuhan itu adalah membunuh hiburan di dalam jiwa manusiaKerana itulah Tuhan berkata yang bermaksud “Ketahuilah ingatkan Tuhan itu menenangkan jiwa”Jiwa tenang itu adalah hiburan yang tidak perasanTermasuk juga hiburan jiwa mendengar nasyid-nasyid yang merdu dan syahduSenikatanya pula yang menusuk jiwaSeperti memuji-muji Tuhan, keampunan Tuhan, nikmat dan rahmat Tuhan kepada insanTermasuk memperdengarkan kasih sayang Tuhan, penjaga dan penyelamat insanKasihkan Tuhan juga hiburan kalau dihayati oleh jiwaKasihkan Tuhan adalah rahsia kasih sesama manusia atau insanKasih sesama manusia adalah saluran hiburan bagi jiwaKasihkan manusia terhibur membantunya, terhibur menziarahinya, terhibur menolongnyaSeterusnya terhibur memaafkannya, terhibur memberi maaf kepadanyaRupanya jiwa terhibur boleh menghiburkan jiwa manusiaKetenangan jiwa itulah hiburan yang tersembunyi di dalam jiwaOrang berhibur bukankah hendak menenangkan dan menyenangkan jiwa?Takutkan Tuhan menghilangkan takut selain-NyaTidak takut lagi dengan kesusahan-kesusahan duniaTidak takut dengan kesusahan dunia itu adalah hiburan yang tersembunyi pada manusiaRasa susah dengan kesusahan dunia jiwa tidak tenang hilanglah hiburanTakutkan Tuhan sahaja menghilangkan takut dengan kesusahan duniaBukankah itu hiburan?Sebagai menutup intipati hiburan manusia ada tiga bahagianHiburan akal, hiburan nafsu, hiburan jiwaKetahanan manusia adalah hiburan jiwanyaKetahanan jiwa itulah jati diri manusiaHiburan akal dan nafsu merapuhkan kekuatan jiwaJiwa yang rapuh tidak tahan berhadapan dengan ujian duniaCarilah hiburan, untuk kepuasan dan kekuatan jiwaKepuasan dan kekuatan jiwa itulah ketahanan diri manusiaOrang yang selalu menghiburkan nafsunya ketahanan jiwa tidak adaTidak boleh teruji dengan kesusahan,dengan cabaran dan dengan kegagalanApatah lagi ujian-ujian itu besar dan berat ditanggung oleh jiwaJiwa pun gelisah, resah, derita, terseksa, kecewa dan putus asaKerana itulah penghibur-penghibur nafsu selalu sakit jiwaPenghibur-penghibur nafsu banyak yang hidup kecewaPenghibur-penghibur nafsu ramai yang putus asaMereka-mereka itu ada yang membunuh diri padahal mereka terkenal dan popularPenghibur-penghibur nafsu ramai yang rumahtangganya porak-perandaMereka bercerai-berai perkara biasa sudah jadi budayaMasih umur muda sudah jadi jandaIni bukan hendak mengata ia adalah realiti kehidupan sebahagian merekaBerhiburlah ia bukanlah salahTapi berhiburlah dengan jiwaBerhibur dengan jiwa mendapat untung dua perkara hiburan dan pahala

Tiada ulasan:

Catat Ulasan