Isnin, 27 April 2009

hijrah

HAKIKATNYA AKU TIDAK ADA APA-APA
Tidak ada apa pun yang ada padakuEngkau suruh aku beribadah, aku pun beribadahAku pun beribadah, kemahuanku beribadah adalah kemahuan-MuAku berusaha dan bertenaga ke arah itu semuanya qudrat dan kehendak-MuEngkau suruh aku membuat kebaikanSetakat yang termampu aku membuatnyaAku membuat setakat yang termampu adalah juga kehendak dan takdir dari-MuTidak ada pun campur tangankuSegala-galanya dari-Mu, terima kasih TuhanAku patut bersyukur kepada-MuEngkau larang aku membuat maksiatSejauh yang termampu aku menjauhinyaGerakan hatiku hendak meninggalkannya bukankah taqdir dari-Mu, Engkau yang menggerakkanSetakat yang termampu bukankah juga qadha dan qadar-MuHakikatnya aku tidak ada usaha sekalipun sebesar habukWalaupun berusaha itu suruhan-MuKalau begitu kalau ada pun sedikit kebaikan yang aku buat aku tidak boleh berbanggaSepatutnya aku bersyukur kepada-MuJika kejahatan yang aku buat walaupun hakikatnya dari Engkau jugaSebagai beradab biarlah aku mengaku bersalah, memang hamba sifatnya bersalahEngkau sebenarnya tidak menzalim, Maha Suci EngkauMesti ada hikmah yang tersembunyi yang aku tidak tahuAku baik sangka dengan-MuMungkin juga selepas berdosa aku memohon ampun kepada-MuItulah yang Engkau mahuAku pun memohon ampun, Engkau pun mengampunkan aku

Tiada ulasan:

Catat Ulasan